Create your own banner at mybannermaker.com!
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Monday, April 18, 2011

BAGAIMANA MEMPEROLEHI RM1000 SEMINGGU DENGAN KAMERA ANDA



Ramai penduduk Malaysia kini mahu mencapai kebebasan kewangan, oleh itu idea untuk membuat bisnes sendiri telah menjadi begitu popular. Salah satu peluang lumayan ialah menjadi jurugambar bebas. Jika anda berusaha bersungguh-sungguh anda boleh mendapat antara RM500 ~ RM1000 seminggu.

Sebagai permulaan apa yang anda perlukan ialah kamera yang sederhana harganya. Pastikan mutu kamera diambil kira kerana sesetengah kamera yang murah menghasilkan gambar yang tidak jelas. Anda juga memerlukan lampu spotlight dan stand, dan sebuah bilik hitam-dan-putih sebagai studio anda. Tidak perlu membeli peralatan yang canggih, sebagai jurugambar bebas yang penting ialah kualiti gambar yang anda ambil dan bukannya perabot kayu yang berkilat – ianya tidak memberi apa-apa makna langsung kepada pelanggan anda.

Berapa banyak wang yang anda buat adalah bergantung kepada usaha yang anda mahu berikan dalam bisnes ini. Kelebihan sebagai jurugambar bebas ini ialah anda boleh mencari pasaran anda sendiri dan menetapkan harga anda sendiri. Jika anda hanya mahu bekerja pada hujung minggu, anda boleh memperolehi antara RM1000 sehingga RM2000 dengan mengambil gambar-gambar perkahwinan secara pakej. Jika anda mengambil keputusan untuk bekerja sepenuh masa, anda boleh memperolehi RM50,000 atau lebih bergantung kepada kepakaran anda. Ianya bergantung kepada satu perkara, kebolehan anda menggunakan kamera untuk menghasilkan produk yang berkualiti. Orang sanggup membayar harga yang tinggi jika hasil kerja anda cukup memuaskan.

Dalam panduan ini kami menganggap anda sudah mengetahui bagaimana menggunakan kamera, mengambil gambar, pancaran lampu, komposisi dan teknik bilik gelap. Kemudian anda perlu tahu bagaimana membuat wang dengannya.

Peraturan pertama yang perlu diingati ialah anda mestilah jujur dengan kerja yang dilakukan. Jika anda ditawarkan kerja tetapi anda tidak begitu mahir, katakan sahaja tidak dan terangkan apakah kepakaran yang anda miliki. Apabila anda mendapat tawaran yang akan datang, reputasi anda akan diambil kira dan sudah pasti beliau akan kembali semula 1) kerana beliau percaya dengan kejujuran anda 2) kerana jika anda berkata boleh bermakna 
anda boleh buat.

IKLANKAN KERJA ANDA PADA PORTFOLIO

Buat portfolio iaitu iklan kerja anda pada satu kertas yang berwarna dan hitam putih bersaiz 8x10 untuk ditunjukkan pada bakal pelanggan anda. Portfolio yang bagus mestilah diisikan dengan gambar/slides bersaiz 35mm. Tayangkan pada kad bersaiz 8.5x11 yang disalut dengan plastik yang boleh diisikan sebanyak 20 slides.

Apabila anda sudah berpuas hati dengan portfolio anda, telefon agensi pengiklanan dan tunjukkan kepada pengarah artis mutu kerja yang anda boleh lakukan. Buat temujanji dengan kedai-kedai butik dan kedai-kedai fesyen di pusat membeli belah. Jangan lupa untuk berjumpa dengan industri dan kilang-kilang yang mungkin akan menggunakan khidmat anda.

Bersedia untuk menunjukkan portfolio anda pada setiap masa. Setiap orang adalah bakal pelanggan dan anda tidak tahu bilakan masanya anda akan berjumpa mereka. Bawa portfolio anda dalam kereta pada setiap masa. Jika anda berbangga dengan kerja anda, tunjukkan!
  
TAHU BAGAIMANA HENDAK MELETAKKAN HARGA

Perkara utama yang perlu diingat ialah anda menjalankan bisnes bukanlah untuk memberikan dengan percuma. Anda mesti tahu apakah harga yang patut diletakkan yang bersesuaian dengan mutu kerja anda.

Anda mungkin telah menjimatkan sedikit kos apabila bergerak secara sampingan tanpa perlu membayar sewa studio dan membayar gaji pekerja, tetapi anda mestilah tahu harga yang sepatutnya supaya anda boleh membayar kos dan usaha anda mendapat pulangan sewajarnya.

Dua cara untuk mendapatkan upah 1) Anda boleh meletakkan harga bagi setiap kerja – iaitu mengikut jumlah filem yang digunakan 2) Anda boleh meletakkan harga bagi setiap jam yang setimpal dengan kerja dan bakat 
anda. Harga ini tidak termasuk kos filem, mencuci dan sebagainya.

BUAT RM50,000 SETAHUN BEKERJA SATU HARI SEMINGGU

Samada ekonomi baik atau tidak- pasti akan ada orang yang berkahwin dan kerja untuk jurugambar bebas.

Iklan dari mulut ke mulut adalah alat pemasaran yang terbaik walau apa pun produk yang anda jual. Ianya akan menjadi semakin cepat jika anda mengambil gambar pengantin dan meletakan harga RM1000 bagi setiap gambar untuk kedua-dua keluarga, gambar dinding dan album istimewa untuk pengantin. Kemudian apabila mereka menjemput kawan-kawan untuk melihat, disinilah saham anda akan mula meningkat.

Anda juga boleh menunjukkan hasil kerja anda kepada kedai bunga dan kedai-kedai pengantin, butik dan katering yang terlibat secara langsung dengan perkahwinan.

Hanya beritahu kepada mereka bahawa anda berbesar hati untuk memperkenalkan bisnes mereka kepada orang ramai dan minta mereka membuat perkara yang sama.

MELETAKKAN HARGA

Pastikan bahawa pengantin faham bagaimana anda meletakkan harga dan apa yang mereka akan dapat sebagai pulangan. Beberapa cara yang boleh anda lakukan:

  1. Tawarkan pakej penuh daripada majlis berinai, berzanji, berarak , bersanding dan makan damai.
  2. Majlis bersanding dan makan damai sahaja
  3. Majlis bersanding sahaja
Untuk perhatian anda, majlis perkahwinan adalah lubuk duit bagi jurugambar bebas. Biasanya jurugambar meletakkan harga RM500 paling murah untuk mengambil gambar sebanyak 5 gulung filem. Jika anda mendapat dua tempahan pada caj yang minima setiap minggu , anda boleh memperoleh RM52,000 setahun. Bagi pakej penuh , anda boleh mendapat sehingga RM100,000 setahun! Ianya hanya bekerja sehari seminggu! Cuba bayangkan  berapakah yang anda perolehi jika anda bekerja secara sepenuh masa!

KERJA-KERJA LAIN YANG BOLEH DIAMBIL

Antara beberapa kerja yang boleh difikirkan oleh setiap jurugambar bebas:

  1. Mengambil gambar budak-budak sekolah, tadika dan sebagainya.
  2. Pelajar universiti/kolej yang mengambil ijazah atau diploma.
  3. Agen-agen hartanah
  4. Agensi-agensi pengiklanan
  5. Potret keluarga
  6. Potret binatang peliharan
  7. Acara-acara sukan
  8. Gambar potret kanak-kanak

Monday, April 04, 2011

5 Strategi Kejayaan Dan Kekayaan


1.Sikap

Jika hanya ada satu sahaja faktor penentu kejayaan dalam apa juga yang anda lakukan, ialah sikap. Einstein mengatakan bahawa sikap 99% adalah penentu kejayaan atau kegagalan seseorang.

Anda mestilah mempunyai sikap yang positif dalam apa juga yang anda mahu lakukan, jika anda mahukan kejayaan.

Samada anda berjaga, hendak melelapkan mata, bekerja – apa juga yang anda buat, anda mestilah tanamkan sikap positif.  Apabila sesuatu perkara tidak menjadi seperti yang anda harapkan, anda sepatutnya terus bersikap positif. Jika anda bangun lewat, jangan merasa bosan, sebaliknya anda harus berfikiran positif dan berkata kepada diri anda sendiri “ ok, hari ini aku terlewat bangun, sekarang aku perlu lakukan yang terbaik untuk hari ini”.

Saya tidak percaya bahawa mereka yang berjaya pada hari ini boleh mencapai tahap itu tanpa mempunyai sikap yang baik dan positif.

Sebenarnya lebih mudah untuk berfikiran negatif, dan untuk pengetahuan anda untuk berfikiran positif memerlukan sedikit usaha. Tampalkan satu nota di atas meja anda, di dalam kereta, cermin dibilik air yang tertulis “SIKAP”.  Apabila anda melihat nota itu, berhenti sejenak dan berfikir tentang perkara yang sudah berlaku pada hari itu, dan jika ada masanya anda merasa tidak berfikiran positif, fikirkan semula dan teruskan kerja yang anda lakukan.

Jika anda bersikap positif, semua perkara yang anda lakukan akan menjadi lebih mudah. Jika ada perkara yang anda tidak suka lakukan, jangan biarkan sehingga pada saat akhir, bahkan lakukan perkara tersebut dahulu dan fikirkan “Saya mahu menyiapkan kerja ini sampai siap kemudian saya boleh buat kerja yang saya suka !”. Cubalah teknik ini dan anda pasti akan merasa perbezaannya.

2. Ambil tindakan

Ini merupakan satu isu yang besar kepada ramai orang, mereka mempunyai idea bisnes yang baik, mereka memberitahu kepada kawan-kawan tentang bisnes yang hendak dimulakan, kawan-kawan menjadi positif dan menyokong. Kemudian mereka beritahu kepada beberapa orang lain sehinggalah menjadi senyap begitu sahaja.

Jika anda mempunyai idea yang bagus tidak menjadi masalah, tetapi anda perlu membuat tindakan. Kemudian apabila anda sudah mula melakukan sesuatu, anda perlu mengambil beberapa lagi langkah seterusnya sehinggalah mencapai kejayaan.

Jika anda mempunyai peluang atau idea pada masa ini, mungkin sesuatu yang sudah lama anda fikirkan, berhenti bercakap dan berfikir tentangnya – BUAT SAHAJA.



Saya mempunyai ramai sahabat yang datang berjumpa dan bercakap tentang idea-idea bisnes seperti seolah-olah mereka yang menyuruh saya melakukan bisnes tersebut. Saya boleh menolong mereka, beri cadangan tetapi yang menyedihkan ialah 90% daripada mereka tidak pernah membuat tindakan. Jika anda tidak membuat tindakan, anda menafikan hak anda untuk satu kejayaan.

3. Tukar Bagaimana Anda Diprogramkan

Sejak dari bangku persekolahan lagi kita selalu terfikir seperti yang selalu diberitahu oleh orang-orang dewasa bahwa “ belajar pandai-pandai dan dapatkan kerja yang baik”. Harap anda jangan tersalah anggap, saya fikir apabila kita disekolah kita perlu belajar apa yang perlu kemudian buka bisnes anda sendiri!

80% jutawan pada hari ini mencapai impian mereka dengan memulakan bisnes sendiri. Mungkin anda sudah sedia maklum, jika anda benar-benar mahukan kebebasan kewangan, masa depannya ialah dengan memulakan perniagaan sendiri.

Sudah tentu bisnes sendiri harus menanggung risiko, dan boleh mengurangkan risiko tersebut dengan memulakannya secara sambilan, dan gunakan teknik yang saya tunjukkkan dengan modal yang kecil, tetapi ganjarannya amat banyak dan menguntungkan.

4. Tuliskan Apa Yang Anda Fikirkan

Saya tidak kisah berapa baik memori yang anda ada, tetapi mengapa perlu dibiarkan sahaja. Mengapa perlu menanggung risiko jika terlupa sesuatu yang penting? Tuliskan perkara yang ada difikiran anda menolong melegakan otak anda yang sarat dengan maklumat. Apabila anda menulisnya anda tidak perlu takut jika terlupa pada masa yang diperlukan.

Jika anda mempunyai idea – tuliskan.
Jika anda mempunyai masalah – tuliskan.

Apabila anda menulis sesuatu masalah, anda akan dapati bahawa anda boleh berfikir  dengan lebih jelas, dan satu masa nanti perkara tersebut dapat diselesaikan. Teknik ini nampak mudah, tapi jika anda mula menggunakannya, anda pasti akan lihat perbezaannya kelak.

5. Tetapkan matlamat dan impian
Jika anda tidak mempunyai sasaran, anda tidak akan dapat apa-apa. Anda mesti mempunyai matlamat, anda perlu tahu kemana destinasi anda, berusaha untuk mencapainya dan sentiasa ingat akan impian anda. Saya berjumpa dengan ramai orang yang mungkin tidak faham tentang konsep ini yang berkata “impian aku ialah untuk menjadi jutawan dalam masa 5 tahun” tetapi apabila anda tanyakan bagaimana untuk mencapainya, mereka hanya diam sahaja.

Anda mesti mempunyai matlamat jangka panjang, untuk tempoh 5 tahun akan datang, kemudian anda perlu berusaha untukmencapainya, kemudian tetapkan matlamat jangka pendek yang lebih mudah dicapai contohnya matlamat setahun, sebulan dan seminggu.

Saya harap 5 strategi diatas dapat menolong anda berjaya dengan lebih mudah dan cepat.